Selamat Datang ke Blog Hanimore - Ada apa kat sini??
بسم الله الرحمن الرحيم
Selamat Datang ke blog yang bakal menjadi paling popular dan paling ramai viewer/reader di Malaysia dan dunia(InsyaALLAH, Moga ALLAH izinkan).<--- ayat untuk nak bagi pozitif and dramatic entrance. Sis cuba sampai berjaya!
Siapakah Aku?
| Aku yang perasan agak comel ketika berusia 22 tahun ;) |
Nama penuh aku Nur Hanim binti Mohamad. Panggil Hanim. Aku tak reti nak cipta nama pena. Senang jadi diri aku je. Kalau aku sakit ke, dalam kesusahan ke, korang tolong doakan aku dengan nama penuh aku tau. Supaya doa tu sampai dan mungkin antara korang yang doanya ALLAH SWT makbulkan... Aamiin.
![]() |
| Gif Picture : Tenor.com |
Ni adalah tulisan santai dari aku, sebab tu aku
guna kata ganti diri - AKU, supaya korang lebih selesa nak
baca blog aku dan mungkin rasa dekat dengan aku(mungkinlah kan... kalau korang rasa
tak dekat, pergilah pasang pukat tangkap ikan…ehh).
Bila aku guna nama 'Kak Anim'(Bukan kak hang ataupun kak hantu). Kak Han
itu mungkin akan muncul bila aku rasa nak tulis konten bagi tarbiyah kat
adik-adik yang baru nak up ni, atau
mungkin bila aku rasa #AkakAkakSangat atau mungkin bila aku rasa aku
#BajetBagusSikit. Blog aku, suka hati akulah kannnn.
![]() |
| Gif dari Tenor.com |
Kalau penulisan aku menggunakan Kata Ganti Diri - Saya atau Hanim, itu adalah penulisan serius. Cuma tahap serius tu aku tak tahulah seserius mana lagi, tapi aku rasa takdelah seserius seperti tumbangnya kerajaan Barisan Nasional... Ehh lagi!
Akan ada masa aku guna nama ‘Ucu Anim’ ni khas untuk yang dah
pangkat anak sedara atau anak murid… On ke On dengan Ucu Anim ni? Sebab aku ada
satu konten khas untuk kanak-kanak nanti.
Akan ada waktunya yang aku meroyan nak tulis dalam
Bahasa Inggeris, sebab nak improve semula skil Oh My English! yang macam dah terbenam
ke dalam 7 lapisan bumi hingga ke mantel... Jauhnya terbenam pengetahuan Bahasa
Inggeris aku melambangkan betapa jahanamnya English
ku nanti. Kalau aku tertulis dalam
Bahasa Inggeris, dan ada kesalahan, tegurlah di bahagian komen kat bawah nanti
dengan penuh hemah k.
![]() |
| Imej dari Wikipedia |
Dulu-dulu-dulu-dulu(nampak tak berapa lamanya tu), aku ada tulis blog, tapi lebih kepada penulisan diari, dan aku tutup daripada mod umum(private lah kata omputih.)
Sebab dalam tu ada kisah sedih aku, aku
marah dengan orang lain pun ada…Dan dan kisah-kisah cinta aku yang buat aku
stress dulu. Dan aku taknaklah menyebarkan gossip murahan dan memalukan
orang-orang lain tu!
Sekarang aku nekad nak tulis(baca : taip) blog balik untuk kebaikan ummah sejagat *Kemain ayat propa Si Hanim ni... kahkah.
Aku menulis semula di blog, sebab... sebab...
sebab...-mata aku dah mula berkaca-kaca ni :-
1. Hari ni (1 Jun 2018, masa aku mula menaip ni), ada seorang penulis novel yang terkenal meninggal dunia (ان لله وان اليه راجعون).
1. Hari ni (1 Jun 2018, masa aku mula menaip ni), ada seorang penulis novel yang terkenal meninggal dunia (ان لله وان اليه راجعون).
- Aku taklah rapat dengan beliau, hanya sekadar menjadi rakan Facebook dan membaca karya-karyanya.
- Apa yang paling menuntun hati aku yang sangat sensitive ni ialah - kebanyakan rakan-rakan Facebook yang mengenali dan meminati beliau mengenang kembali tulisan beliau yang meninggalkan banyak pengetahuan dan kebaikan. Moga semua yang baik-baik mengiringi beliau ke alam sana.
![]() |
| Imej dari Google(Kesatuan Ulamak Dunia) |
- Berita ni buat aku terfikir, apa yang bakal aku tinggalkan nanti jika aku ‘kembali’ kepada Penciptaku. Dan hari ni juga, Rancangan Ala Kazim (kelolaan Dato' Ustaz Mohd Kazim Elyas) di Astro Oasis berkongsi tentang kematian. Segalanya tentang kematian hari ini, buat aku terfikir, aku ada banyak perkara yang perlu dikongsikan agar apabila aku mati nanti, mungkin akan menjadi saham yang membantu aku di 2 alam lain selepas ini. Aamiin…mudah-mudahan.
2. Aku memang minat menulis.
- Kalau karangan masa sekolah dulu aku selalu dapat A.
3. Aku ada pengalaman kerja dalam banyak bidang yang berbeza termasuklah berbisnes. Setiap satu kerja ada cabaran yang tersendiri. Aku nak kongsi semua ni, agar dapat membantu dalam memberi manfaat kepada orang lain. Jadi aku ada banyak perkara nak cerita, banyak maklumat aku nak kongsi dengan korang semua yang baca blog aku.
Kesimpulan daripada hasil tulisan aku kali ini ialah : aku just nak bagi tau korang je kenapa aku menulis blog. Bukan nak gleme, sebab aku dah puas gleme di zaman kegemilangan aku dulu. Niat aku menulis keranaNya yang telah menciptakan aku. Moga direstuiNya dan diizinkanNya.
Itu je buat masa ni, nanti aku update lagi pasal profile aku k...
Cau Shin Chi
Hanim Mohamad
Dari sudut hati aku yang paling setia
![]() |
| Gif dari Tenor.com |
Segala Log Yang Ada
Seiringan dengan blog ni, aku ada buat vlog jugekk… Kat blog ni dan youtube serentak. Kalau korang jenis pemalas membaca dan lebih suka dengar orang membebel kat telinga korang sambil tengok reaksi muka aku yang tak seberapa ni, go cekidaut(check it out) kat link ni ye...Kesimpulan daripada hasil tulisan aku kali ini ialah : aku just nak bagi tau korang je kenapa aku menulis blog. Bukan nak gleme, sebab aku dah puas gleme di zaman kegemilangan aku dulu. Niat aku menulis keranaNya yang telah menciptakan aku. Moga direstuiNya dan diizinkanNya.
Itu je buat masa ni, nanti aku update lagi pasal profile aku k...
![]() |
| Gif dari Gifimage.net |
Cau Shin Chi
Hanim Mohamad
Dari sudut hati aku yang paling setia
Nota kaki : Posting ini dari blog lama yang saya posting semula di sini. Jadi malas nak edit gambar tu. Terima kasih














